Kelas E-Learning Video dan Advokasi KDB

13 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Januari 2020, Pusat Internet Kg Pandan telah mengadakan Kelas E-Learning Video dan Advokasi KDB. Peserta yang terlibat adalah seramai 5 orang. Kelas ini dijalankan bagi menambahkan pengetahuan para peserta tentang penggunaan internet dan advokasi Klik Dengan Bijak. Dalam kelas ini, peserta didedahkan dengan etika mengambil video, muat naik video ke internet dan topik KDB Terlebih Kongsi.

Para peserta juga dikehendaki mencari dan belajar daripada video-video yang terdapat daripada internet untuk mencari idea bagi video mereka untuk Pertandingan video dan fotografi anjuran PI Kg Pandan pada penghujung bulan Januari ini. Kelas ini berlangsung selama 2 jam dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali