E-Kelas Maxis UPSR dan PT3 (Sains)

8 November 2020 | Aktiviti Terkini

E-Kelas Maxis diteruskan lagi bagi minggu ini pada hari, Sabtu 7 November 2020. Kelas E-Kelas Maxis pada minggu ini diadakan secara dalam talian menerusi Zoom dan Youtube Live. Kelas atas talian yang berlansung di Bilik Latihan Pusat Internet Komuniti Kg Pandan, selama 2 jam bermula dari pukul 10.00 pagi ini disertai oleh 3 orang pelajar Tahun 6 dan 1 orang pelajar Tingkatan 3. Dalam kelas berikut e-cikgu mengulang kaji pelajaran bagi subjek Sains bersama para pelajar. Cikgu bersama para pelajar mengulang kaji serta membuat latihan untuk topik Mikroorganisma (UPSR) dan topik sifat cahaya dan fenomena melibatkan cahaya (PT3). Kelas tamat pada pukul 12.00 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali