Advokasi Klik Dengan Bijak (Buli Siber)

22 Jun 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Jun 2020, Pusat Internet Kg Pandan telah mengadakan Advokasi Klik Dengan Bijak (Buli Siber). Advokasi ini dijalankan untuk meningkatkan kesedaran pengguna tentang buli siber. Dalam kelas pengguna ditayangkan beberapa video berkaitan dengan buli siber yang menerangkan tentang contoh-contoh buli siber, akibat buli siber dan kesan daripada buli siber kepada mangsa dan pelaku. Kemudian staf dan para pelajar bersama-sama membincangkan kandungan dan pengajaran yang diperolehi daripada video tersebut. Kelas ini disertai oleh 5 orang pelajar. Kelas ini berlangsung selama 1 jam bermula pada jam 3.00 petang hingga 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali