Kelas Multimedia – Canva (Logo)

10 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Februari 2020, Pusat Internet Kg Pandan telah mengadakan Kelas Multimedia – Canva (Logo). Peserta yang terlibat adalah seramai 3 orang. Kelas ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan tahap kreativiti para pelajar dalam penghasilan logo dengan menggunakan Internet. Untuk kelas ini, para pelajar diberikan tunjuk ajar untuk menghasilkan logo mengikut kreativiti mereka masing-masing. Kelas ini berlangsung selama 1 jam dari jam 2.00 petang hingga 3.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali