Bengkel MIV Bersama Komuniti 2020 dan Advokasi KDB

6 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 5 September 2020, Pusat Internet Kg Pandan telah mengikuti Bengkel MIV bersama komuniti 2020. Bengkel ini dijalankan oleh pihak MCMC bagi melatih para sukarelawan MIV dan menjelaskan tentang tugasan baru untuk para sukarelawan. Para sukarelawan diterangkan tentang latar belakang MIV, pendedahan kepada Advokasi Klik Dengan Bijak, dan tugasan dalam talian yang bakal dilaksanakan selama tempoh 8 minggu. Bengkel ini disertai oleh 2 orang staf PI Kg Pandan bersama 2 orang sukarelawan dan berlangsung selama 3 jam bermula pada jam 9.30 pagi hingga 1.00 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali