E-Kelas Maxis UPSR (Matematik)

29 November 2020 | Aktiviti Terkini

E-Kelas Maxis diteruskan lagi bagi minggu ini pada hari, Sabtu 28 November 2020. Kelas E-Kelas Maxis pada minggu ini diadakan secara dalam talian menerusi Youtube Live.

Kelas atas talian yang berlansung di Bilik Latihan Pusat Internet Komuniti Kg Pandan, selama 30 minit bermula dari pukul 10.00 pagi ini disertai oleh 1 orang pelajar Tahun 6. Dalam kelas berikut e-cikgu mengulang kaji pelajaran bagi subjek Matematik bersama para pelajar. Cikgu bersama pelajar turut membuat dan berbincang mengenai latihan. Kelas tamat pada pukul 10.30 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali