Advokasi Klik Dengan Bijak (Penipuan Kewangan)

25 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Advokasi Klik Dengan Bijak diteruskan lagi bagi minggu ini pada hari, Khamis 24 Disember 2020. Advokasi Klik Dengan Bijak (Penipuan Kewangan) ini diadakan bagi memberi kesedaran dan meningkatkan pengetahuan mengenai penipuan kewangan di Internet.

Advokasi ringkas atas talian yang berlansung di Bilik Latihan Pusat Internet Komuniti Kg Pandan, selama 30 minit bermula dari pukul 4.00 petang ini disertai oleh 2 orang pelajar Sekolah Menengah. Dalam kelas berikut staf PI menerangkan tentang kesedaran dan kesalahan mengenai penipuan kewangan yang berlaku atas talian. Para pelajar turut diajar cara mengenalpasti jenis-jenis penipuan kewangan yang terdapat di Internet. Kelas tamat pada pukul 4.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali