Kelas Microsoft Word (Reka Papan Permainan 2.0)

22 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas Microsoft Word (Reka Papan Permainan 2.0) diadakan pada minggu ini pada hari, Isnin 21 Disember 2020. Kelas pada minggu ini diadakan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam penggunaan Microsoft Word bagi menghasilkan produk kreatif iaitu papan permainan serta bagi mengisi cuti sekolah pelajar.

Kelas yang berlansung di bilik latihan Pusat Internet Komuniti Kg Pandan, selama 30 minit ini bermula dari pukul 4.00 petang ini disertai oleh 1 orang pelajar Sekolah Rendah. Dalam kelas berikut staf PIK membimbing pelajar membuat rekaan dan menghasilkan papan permainan menggunakan Microsoft Word mengikut kreativiti pelajar. Pelajar turut diajar cara memasukkan gambar dan tulisan bagi tujuan hiasan. Kelas tamat pada pukul 4.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali