Kelas Asas Microsoft PowerPoint dan Asas Internet

16 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas Microsoft PowerPoint dan Asas Internet diadakan pada minggu ini pada hari, Selasa 15 Disember 2020. Kelas pada minggu ini diadakan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam penggunaan Microsoft Powerpoint dan penggunaan Internet.

Kelas yang berlansung di bilik latihan Pusat Internet Komuniti Kg Pandan, selama 30 minit ini bermula dari pukul 2.30 petang ini disertai oleh 2 orang pelajar Sekolah. Dalam kelas berikut staf PIK membimbing pelajar dalam mencari contoh produk dan imej di dalam Internet dan cara mengedit gambar menggunakan Microsoft PowerPoint untuk ditambah ke dalam papan permainan hasil rekaan pelajar. Kelas tamat pada pukul 3.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali