Aktiviti Kemerdekaan PI Kg Pandan (E-Learning)
17 Ogos 2020 | Aktiviti TerkiniPada 16 Ogos 2020, Pusat Internet Kg Pandan telah mengadakan aktiviti kemerdekaan. Aktiviti ini dijalankan bagi menerangkan tentang sejarah kemerdekaan, penerangan mengenai Jalur Gemilang, jenis-jenis bendera, susunan bendera, dan banyak lagi. Para peserta turut dikehendaki untuk mencari contoh lagu-lagu kemerdekaan menerusi Internet dan memahami maksud tersirat lagu yang dipilih. Kelas ini disertai oleh 3 orang pelajar dan berlangsung selama 1 jam bermula pada jam 3.00 petang hingga 4.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: