Seminar Pencegahan Kebakaran Dalam Talian
15 Ogos 2020 | Aktiviti TerkiniPada 14 Ogos 2020, Staf Pusat Internet Kg Pandan telah menyertai Seminar pencegahan kebakaran secara dalam talian yang dianjurkan oleh Pusat Pencegahan Kebakaran Malaysia. Seminar ini dijalankan bagi membantu meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan dan pencegahan kebakaran di premis atau syarikat. Dalam seminar ini staf Pusat Internet diberikan penerangan tentang pencegahan kebakaran oleh Encik Jay Wong mengenai cara-cara mencegah kebakaran, alat-alat pencegahan kebakaran, cara menyelamatkan diri daripada kebakaran dan banyak lagi.
Seminar ini turut disertai oleh staf Pusat Internet yang lain dan seminar ini berlangsung selama 1 jam bermula pada jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: