c

Kelas ICT (Resume) dan Advokasi Klik Dengan Bijak

14 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Julai 2020, Pusat Internet Kg Pandan telah mengadakan Kelas ICT (Resume) dan Advokasi Klik Dengan Bijak. Kelas ini dijalankan bagi membantu pelajar-pelajar lepasan SPM menghasilkan resume bagi tujuan memohon pekerjaan. Dalam kelas ini, mereka diberikan tunjuk ajar untuk menghasilkan resume yang lengkap dan staf PI turut menjelaskan kepada para peserta cara menapis dan mencari maklumat yang sahih daripada Internet untuk dijadikan rujukan. Kelas ini disertai oleh 2 orang remaja dan berlangsung selama 2 jam bermula pada jam 2.30 petang hingga 4.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali