Sesi Taklimat E-Kelas bersama Maxis
16 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniSesi Taklimat E-kelas bersama Maxis diadakan pada 14 Januari 2019. Kelas tersebut penting untuk menerangkan apa itu e-kelas, mendedahkan aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan serta pendaftaran pelajar baru. E-kelas yang bakal bermula 17 Januari 2019 akan berlangsung mengikut jadual merangkumi pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5. Banyak faedah yang bakal diperoleh pelajar antaranya sesi kelas secara percuma, fleksibel, menyeronokkan serta bakal menyertai ‘E-Kelas Camp’ yang julung kali diadakan.
Menariknya, para peserta bakal menerima Anugerah Gemilang sekiranya terdapat peningkatan pada keputusan penggal sekolah mereka. Portal e-kelas Maxis merangkumi pelbagai aspek antaranya e-cikgu, nota-nota ringkas, perbincangan serta latihan-latihan interaktif.
Sesi taklimat tersebut dijalankan selama 3 jam, bermula pukul 2 petang hingga 5 petang yang dihadiri oleh 14 orang peserta (9 lelaki dan 5 perempuan)
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: