Kelas Microsoft Word - Shapes

4 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Januari 2020, Pusat Internet Kg Pandan telah mengadakan Kelas Microsoft Word - Shapes. Peserta yang terlibat adalah seramai 2 orang pelajar sekolah dari sekitar kawasan Kg Pandan. Kelas ini dijalankan bagi menambahkan pengetahuan dan kemahiran para pelajar menggunakan Microsoft Word. Dalam kelas ini, pelajar didedahkan dengan penggunaan bentuk (Shapes) yang terdapat di dalam Microsoft Word.

Para pelajar dikehendaki membuat lukisan mengikut kreativiti masing menggunakan bentuk-bentuk yang terdapat di dalam Microsoft Word, kemudian para pelajar perlu menaip azam mereka bagi tahun 2020 ke dalam Word tersebut. Kelas ini berlangsung selama 2 jam dari jam 2.00 petang hingga 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali