Kelas Microsoft Office (Word) - Resume

5 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Januari 2020, Pusat Internet Kg Pandan telah mengadakan Kelas Microsoft Office (Word) - Resume. Kelas ini merupakan kelas persendirian bersama seorang pelajar IPTA. Kelas ini dijalankan bagi membantu dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar tersebut tentang cara-cara menghasilkan resume yang baik.

Dalam kelas ini, pelajar tersebut didedahkan dengan cara menghasilkan resume menggunakan Microsoft Word dan diberitahu tentang perkara-perkara penting yang perlu ada didalam resume. Kelas ini berlangsung selama 2 jam dari jam 3.30 petang hingga 5.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali