Video Shooting Class

10 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas ‘Video Shooting’ diteruskan untuk penghasilan video bertajuk ‘Pusat Internet Kg. Pandan’ untuk pendedahan kepada umum tentang latar belakang Pusat Internet Kg. Pandan. ‘Shooting’ dijalankan di beberapa tempat sekitar Pusat Internet Kg. Pandan iaitu, di dalam ‘training room’, di hadapan pusat internet serta di Pantai Pandan iaitu tarikan utama di Kampung Pandan. Penghasilan video yang sempurna menuntut komitmen yang tinggi serta kerjasama yang padu daripada setiap individu.

Adik Isfal yang berperanan sebagai pengacara memberi ketekunan yang tinggi dalam menghafal skrip untuk sesi ‘video shooting’ serta adik Nizam bertanggungjawab sebagai ‘editor’ rancangan. Setelah selesai sesi shooting mengikuti story board yang di reka oleh staff Pi, kelas diteruskan lagi dengan sesi sorting. Sesi sorting adalah dimana ke semua bahan bahan video yang di rakam, di failkan ke dalam folder masing masing. Ia bertujuan utk memudahkan proses editing kelak. Kelas ini bermula dari jam 2 petang hingga jam 5 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali