Kelas Latihan ICT: Lundu Leaders (Pengenalan kepada Pusat Internet & Asas Komputer-typing class)

26 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas Latihan ICT: Lundu Leaders memfokuskan kepada komuniti ketua kampung daripada kawasan sekitar. Kelas tersebut diadakan pada 25 Januari 2019. Kelas dimulakan dengan tayangan video Klik dengan Bijak untuk panduan menggunakan internet. Antara kampung yang terlibat adalah Kampung Pandan, Kampung Sekambal, Kampung Pugu, Kampung Blungei, Kampung Bajo, Kampung Sileng serta Kampung Meriyuk.

Kelas tersebut menitikberatkan pendedahan kepada asas menggunakan komputer serta penggunaan Microsoft Office dalam menyelesaikan dokumen-dokumen harian. Sesi ‘typing’ menggunakan Microsoft Word penting untuk mereka menyelesaikan kerja seharian terutamanya dalam bentuk folio serta sebagainya. Pendedahan tentang menaip surat rasmi, cara membina jadual, cara menyimpan data di dalam komputer serta cara mencari pencarian di internet juga antara aspek-aspek dipelajari. Kelas tersebut dijalankan selama 2 jam, bermula pukul 9 pagi hingga 11 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali