Kelas E-Learning – Youtube Tutorial

16 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 15 September 2019, Pusat Internet Kg Pandan telah mengadakan Kelas E-Learning – Youtube Tutorial. Peserta yang terlibat adalah seramai 6 orang. Kelas E-Learning – Youtube Tutorial ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara mencari atau mendapatkan maklumat daripada Youtube, serta untuk membantu meningkatkan kreativiti dan kemahiran daya cipta.

Kelas dimulakan dengan menerangkan tentang contoh Tutorial yang terdapat di dalam Youtube kemudian, para pelajar dikehendaki mencari video tutorial bertemakan topeng di dalam Youtube dan membuat topeng masing-masing berdasarkan tutorial daripada video di dalam Youtube tersebut. Kelas ini berlangsung selama 1 jam 30 minit, bermula pukul 3.30 petang hingga 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali