Taklimat E-Kelas Minggu Orientasi 25 Jan

26 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Sesi taklimat E-Kelas Minggu Orientasi diteruskan pada 25 Januari 2019 (3 petang-5 petang) memfokuskan kepada pelajar Tahun 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Subjek dipelajari adalah Bahasa Inggeris. Berlangsung di bilik latihan PI Kpg Pandan disertai oleh 11 orang pelajar Tahun 6 (3.00 petang-3.40 petang) dan 5 orang pelajar Tingkatan 3 (4.20 petang-5.00 petang), taklimat tersebut mendedahkan pelbagai aspek dalam sesi e-kelas yang bakal merangkumi tiga subjek kritikal iaitu Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

Pelajar dikehendaki membentuk kumpulan untuk memudahkan kerja berkumpulan yang bakal diarah pada minggu seterusnya. Sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan menarik minat para pelajar untuk terlibat sama menjayakan sesi e-kelas yang mengamalkan tutorial secara langsung kepada para pelajar. Kelas tersebut dijalankan selama 40 minit untuk pelajar Tahun 6 dan 40 minit seterusnya untuk pelajar Tingkatan 3. Penambahbaikan bilangan pelajar Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 bakal dilaksanakan untuk masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali