Taklimat E-Kelas SK PUGU

26 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Sesi taklimat E-Kelas bertempat di SK Pugu diadakan pada 25 Januari 2019 bermula pukul 10 pagi dan berakhir 12 tengah hari. Sesi taklimat dimulakan dengan tayangan video Klik dengan Bijak untuk panduan umum. Staf PI Kpg Pandan turun padang untuk sama-sama memberi peluang kepada pelajar-pelajar serta guru tidak mengira sekolah rendah mahupun sekolah menengah, untuk menyertai sesi e-kelas yang dikategorikan sebagai tuisyen percuma khas kepada masyarakat sekitar.

Pelbagai aspek didedahkan kepada pelajar-pelajar serta para guru SK Pugu antaranya pengisian borang pra-pendaftaran e-kelas, portal e-kelas yang menarik serta interaktif, ganjaran Anugerah Gemilang kepada pelajar yang menunjukkan peningkatan dalam pelajaran, kem e-kelas yang menyeronokkan setiap tahun serta sesi pengajaran bersama guru-guru yang berpengalaman. Sesi taklimat tersebut dijalankan selama 2 jam, bermula pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali