Kursus Go Digital Google dan Shopee Kluster Bau & Lundu

6 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Oktober 2019, Pengurus Pusat Internet Kg Pandan telah menyertai Kursus Go Digital with Google and Shopee Kluster Bau dan Lundu yang diadakan di Pusat Internet Kpg Sibuluh, Bau. Peserta yang terlibat adalah seramai 6 orang Penolong Pengurus dari semua pusat internet kluster Bau dan Lundu. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi penerangan tentang penggunaan Go Digital Google dan Shopee kepada kakitangan Pusat Internet. Program ini berlangsung bermula pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali