Sambutan Merdeka bersama Pusat Internet Kg Pandan

26 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Ogos 2019, Pusat Internet Kg Pandan telah mengadakan program sambutan Merdeka bersama Pusat Internet Kg Pandan. Peserta yang terlibat adalah seramai 15 orang peserta. Antara aktiviti yang dilaksanakan pada hari program tersebut adalah KDB Advokasi, Explorace Merdeka dan tayangan video berkaitan dengan kemerdekaan. Aktiviti-Aktiviti yang dilaksanakan bertujuan untuk memupuk kesedaran peserta mengenai kemerdekaan, ICT, dan sikap kerjasama serta toleransi di dalam kumpulan.

Sebagai contoh di dalam aktiviti KDB Advokasi peserta dikongsikan dengan maklumat-maklumat mengenai kesedaran ICT dan internet. Manakala di dalam aktiviti tayangan video dan Explorace Merdeka peserta secara langsung belajar mengenai kemerdekaan, ICT, sikap kerjasama dan toleransi. Untuk Explorace Merdeka terdapat 6 perhentian secara keseluruhan: 1) Oh Biskut, 2) Terbalikkan Botol, 3) Mewarna Bendera Malaysia dalam talian, 4) Baling Getah, 5) Malaysia Bersih, Pusat Internet Bersih, dan 6) Kuiz Kemerdekaan menggunakan komputer. Program bermula dengan pendaftaran peserta pada pukul 0900 pagi, diikuti dengan KDB Advokasi kemudian Explorace Merdeka yang tamat pada pukul 0100 tengah hari. Pada sebelah petang pula tayangan video berkaitan dengan kemerdekaan bermula pada pukul 0200 petang hingga 0500 petang. Program ini berlangsung selama 7 jam daripada pukul 0900 pagi hingga 0500 petang (rehat 0100 – 0200 petang).

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali