Private Class Entrepreneurship Nurul Aleesha bt Narawi

11 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas persendirian bersama usahawan diadakan secara santai bersama saudari Nurul Aleesha bt Narawi bertempat di Pusat Internet Kg. Pandan. Penjualan kerepek yang diberi nama “Mawar’s Kerepek” milik ibu saudaranya memberi peluang pendedahan terhadap beberapa aspek dalam pengembangan perniagaan secara konsisten dan mencapai sasaran keuntungan yang tinggi.

Pendedahan terhadap reka cipta logo perniagaan yang ringkas dan menarik, pembuatan kad bisnes secara penggunaan animasi yang menarik serta pembinaan "page" perniagaan melalui laman sosial Facebook memberi impak positif terhadap perkembangan perusahaan seseorang usahawan tempatan. Kelas bermula pada pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari. Beliau diberi taklimat serba sedikit tentang promosi secara atas talian untuk kemudahan melariskan jualan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali