Kelas Multimedia – Microsoft Paint

29 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 28 September 2019, Pusat Internet Kg Pandan telah mengadakan Kelas Multimedia – Microsoft Paint. Kelas Multimedia – Microsoft Paint ini dilaksanakan bertujuan untuk mendedahkan pelajar dengan perisian komputer ini. Dalam kelas ini, pelajar diberi tunjuk ajar tentang cara menggunakan perisian ini. Mereka juga diberikan peluang untuk menggunakan perisian tersebut, kemudian mereka dikehendaki menghasilkan lukisan berkaitan dengan E-Waste menggunakan perisian Microsoft Paint. Kelas ini berlangsung selama 1 jam, bermula pada pukul 03.30 petang hingga 04.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali