E-Kelas Minggu Orientasi 26 Jan

27 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Sesi E-Kelas Minggu Orientasi diteruskan pada 26 Januari 2019 yang bermula pada pukul 10.20 pagi hingga 1.00 petang dan bagi sesi petang 2.00 petang hingga 6.00 petang. Subjek yang dipelajari berdasarkan jadual orientasi yang dikeluarkan oleh pihak Maxis adalah Matematik dan Sains. Sesi Tahun 6 dimulakan dengan pembahagian 2 kumpulan untuk tugasan e-kelas mereka.

‘Posting’ di portal tentang pembahagian kumpulan berdasarkan nama kumpulan masing-masing memberi kemudahan untuk cikgu masing-masing memberi tugasan berkumpulan.Para pelajar bersemangat mempelajari subjek-subjek yang ditawarkan dengan bayaran percuma bagi memberi peluang pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan belajar tuisyen di luar bilik darjah. Sesi e-kelas disertai oleh para pelajar Tahun 6 daripada sekolah-sekolah berhampiran seramai 9 orang serta 2 orang dalam kalangan Tingkatan 3.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali