Aktiviti promosi dan kesedaran MYTV- MyFreeview (Kampung Bajo)

4 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 3 November 2019, sukarelawan MIV dari Pusat Internet Kg Pandan telah mengadakan Aktiviti promosi dan kesedaran MYTV- MyFreeview di Kampung Bajo, Lundu. Aktiviti ini bertujuan untuk mempromosi dan memberi kesedaran tentang siaran TV Digital MYTV – MyFreeview kepada penduduk Kampung Bajo, Lundu.

Dalam aktiviti ini, sukarelawan mengedarkan risalah mengenai MyFreeview kepada para penduduk Kampung Bajo, Lundu dan menjawab soalan mereka mengenai MyFreeview. Sukarelawan turut mendapatkan pandangan serta memeriksa siaran TV beberapa penduduk yang telah pun memasang dan menggunakan MyFreeview. Aktiviti ini berlangsung selama 1 jam 30 minit, bermula pukul 5.00 petang hingga 6.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali