Kelas Multimedia – Movie Maker

18 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 17 November 2019, Pusat Internet Kg Pandan telah mengadakan Kelas Multimedia – Movie Maker. Kelas ini dihadiri oleh 6 orang pelajar dari sekitar Kampung Pandan. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan para pelajar dengan penghasilan video menerusi perisian Movie Maker. Dalam kelas kali ini, pelajar diajar cara menggunakan perisian Movie Maker dalam menghasilkan video. Pelajar diajar untuk menyunting video yang telah mereka rakam menggunakan Movie Maker. Aktiviti ini berlangsung selama 2 jam, bermula pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali