Program MIV dengan DTT Negeri Sarawak
20 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniPada 19 Oktober 2019, Pengurus Pusat Internet Kg Pandan telah menyertai Program “Malaysian ICT Volunteer” dengan DTT Negeri Sarawak yang diadakan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Peserta yang terlibat adalah seramai 25 orang sukarelawan dari semua pusat internet kluster Lundu.
Program ini diadakan bertujuan untuk memberi penerangan kepada sukarelawan tentang maklumat asas MIV dan tugas - tugas sukarelawan. Para peserta juga dijelaskan tentang MYTV - MyFreeview. Program ini berlangsung selama 3 jam, bermula pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: