Kelas Ms Office (Word) dan Internet
21 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniPada 20 Oktober 2019, Pusat Internet Kg Pandan telah mengadakan Kelas Ms Office (Word) dan Internet. Peserta yang terlibat adalah seramai 5 orang. Kelas Ms Office (Word) dan Internet ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan kreativiti dalam penggunaan Microsoft Word dan meningkatkan pengetahuan penggunaan Internet. Kelas ini turut dijalankan untuk membantu pelajar mencari minat dan cita-cita mereka dengan menggunakan maklumat di internet sebagai contoh dan rujukan.
Kelas dimulakan dengan menaip maklumat cita-cita mereka pada Ms Word, kemudian mereka dikehendaki mencari gambar berkaitan dengan cita-cita mereka di internet dan menghias Ms Word masing-masing dengan gambar yang dimuat naik. Para pelajar turut ditayangkan dengan video-video berkaitan dengan cita-cita mereka melalui YouTube. Kelas ini berlangsung selama 2 jam, bermula pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: