Kelas Keusahawanan

28 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 27 September 2019, Pusat Internet Kg Pandan telah mengadakan Kelas Keusahawanan. Kelas Keusahawanan ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan usahawan dalam memperbaiki dan mempromosikan produk. Dalam kelas ini, usahawan diajar untuk membuat Logo perniagaan, cara mempromosi produk melalui media sosial, membuat akaun media sosial untuk tujuan promosi dan diberi tunjuk ajar membuat dokumen-dokumen penting berkaitan perniagaan dengan menggunakan Microsoft Office. Kelas ini berlangsung selama 3 jam, bermula pukul 03.00 petang hingga 06.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali