Kelas Microsoft Office – PowerPoint Poster

16 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 15 September 2019, Pusat Internet Kg Pandan telah mengadakan Kelas Microsoft Office – PowerPoint Poster. Peserta yang terlibat adalah seramai 10 orang. Kelas Microsoft Office – PowerPoint Poster ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan mengajar asas penghasilan poster menggunakan Microsoft PowerPoint.

Kelas ini juga dijalankan untuk membantu meningkatkan kreativiti para peserta dengan menggunakan Microsoft PowerPoint. Kelas dimulakan dengan menerangkan maksud, contoh dan jenis poster. Kemudian, para pelajar diajar cara untuk menghasilkan poster yang ringkas menggunakan Microsoft PowerPoint. Kelas ini berlangsung selama 1 jam 30 minit, bermula pukul 2.00 petang hingga 3.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali