E-Kelas Matematik dan Sains
25 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniPada 24 Ogos 2019, E-kelas untuk subjek Matematik dan Sains diteruskan. Untuk e-kelas pada minggu ini pelajar didedahkan dengan contoh-contoh soalan peperiksaan yang lepas. Cikgu membincangkan contoh soalan peperiksaan bersama pelajar serta berkongsi petua atau cara untuk menjawab pelbagai jenis contoh soalan. Kelas pada minggu ini juga bertujuan untuk membantu pelajar lebih memahami pembelajaran di sekolah dan untuk mengulang kaji pelajaran bersama bersama Cikgu.
Contoh tajuk yang di ulang kaji oleh pelajar tingkatan dua bersama Cikgu untuk subjek Matematik adalah pecutan, pemfaktoran dan algebra, manakala untuk subjek Sains antara tajuk yang dibincangkan adalah penyakit-penyakit berjangkit, keimunan dan jisim air. Cikgu juga turut berkongsi nota-nota pelajaran dan contoh soalan di dalam talian untuk dijadikan rujukan pelajar-pelajar e-Kelas di Pusat Internet Kg Pandan. Kelas berlangsung bermula pukul 10.20 pagi hingga 6.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: