Kelas Multimedia - Video

17 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 16 November 2019, Pusat Internet Kg Pandan telah mengadakan Kelas Multimedia – Video. Kelas ini dihadiri oleh 6 orang pelajar dari sekitar Kampung Pandan. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan para pelajar dengan penggunaan kamera dalam penghasilan video. Untuk kelas kali ini, pelajar diajar cara merakam video menggunakan kamera. Mereka turut diterangkan tentang pengetahuan asas penggunaan kamera dan cara merakam video dengan baik dan betul. Aktiviti ini berlangsung selama 2 jam, bermula pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali