Kelas ICT – Asas carian Internet

9 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 8 September 2019, Pusat Internet Kg Pandan telah mengadakan Kelas ICT – Asas carian Internet. Peserta yang terlibat adalah seramai 10 orang daripada pelajar sekolah dari sekitar kawasan Kampung Pandan. Kelas ini juga diselitkan dengan penerangan tentang Jerebu yang sedang berlaku di Sarawak.

Kelas ICT – Asas carian Internet ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara mencari atau mendapatkan maklumat daripada internet, serta untuk membantu menambah pemahaman para pelajar tentang keadaan jerebu. Kelas dimulakan dengan menerangkan tentang definisi, risiko, dan cara-cara menjaga diri semasa keadaan berjerebu. Kemudian, para pelajar dikehendaki mencari informasi tambahan dan juga contoh-contoh mengenai jerebu di dalam internet. Kelas ini berlangsung selama 1 jam, bermula pukul 2.00 petang hingga 3.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali