Kelas Multimedia – Fotografi

19 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 18 November 2019, Pusat Internet Kg Pandan telah mengadakan Kelas Multimedia – Fotografi. Kelas ini disertai oleh 5 orang pelajar dari sekitar Kampung Pandan. Kelas ini bertujuan untuk mengajar para pelajar tentang pengetahuan asas penggunaan kamera. Pelajar diterangkan tentang cara serta teknik mengambil gambar dengan betul untuk mendapatkan hasil gambar yang berkualiti.

Kelas ini berlangsung semasa rakaman video untuk usahawan PI Kg Pandan, dan para pelajar dibawa bersama oleh Penolong Pengurus Kg Pandan untuk menyertai aktiviti rakaman tersebut. Para pelajar diberi tunjuk ajar untuk mengambil gambar pada hari tersebut. Aktiviti ini berlangsung selama 1 jam, bermula pukul 2.30 petang hingga 3.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali