Kelas ICT – Fungsi Komputer
23 September 2019 | Aktiviti TerkiniPada 22 September 2019, Pusat Internet Kg Pandan telah mengadakan Kelas ICT – Fungsi Komputer. Peserta yang terlibat adalah seramai 8 orang. Kelas ICT – Fungsi Komputer ini dilaksanakan bertujuan untuk menjelaskan dengan lebih terperinci tentang fungsi setiap komponen yang terdapat pada Komputer dan untuk berkongsi maklumat-maklumat yang menarik serta penting tentang komponen tersebut. Kelas ini dijalankan untuk membantu meningkatkan pengetahuan para pelajar tentang fungsi setiap komponen Komputer.
Para pelajar diberi pilihan untuk memilih satu komponen yang terdapat pada Komputer. Setelah itu, mereka dikehendaki melukis komponen tersebut pada kertas kosong. Kemudian, para pelajar perlu mencari maklumat tentang komponen Komputer tersebut di dalam Internet dan setelah selesai, mereka dikehendaki untuk membentangkan hasil kerja masing-masing dan pengajar kemudian membincangkan fungsi-fungsi tersebut bersama dengan pelajar. Kelas ini berlangsung selama 2 jam, bermula pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: