Open Day & Firedrill PI Kg Pandan 2019

7 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Majlis Beraya Di PI Pandan bertempat di Pusat Internet Kg Pandan diadakan pada 6 Julai 2019. Pelbagai pertandingan diadakan antaranya pertandingan Hero Typing Raya yg mempunyai dua kategori iaitu kategori A (18 Tahun ke atas) dan kategori B (13-17 Tahun), pertandingan Selfie Viral Raya dimana pengunjung yg ingin turut serta memuatnaikkan gambar selfie mereka ke laman Facebook bagi meraih likers terbanyak, pertandingan Busana Letopz Raya untuk baju yang tercantik pada hari kejadian, pertandingan KDB yang dilakukan secara berkumpulan bagi melahirkan semangat bekerjasama dalam pasukan dan Cabutan Duit Raya Bertuah.

Majlis tersebut turut digandingkan dengan aktiviti Firedrill oleh Pihak Bomba dan Penyelamat Lundu. Adik adik dan pengunjung lain berpeluang untuk mempelajari cara cara menyelamatkan diri dalam situasi kebakaran, memadamkan api ketika kebakaran dan melihat dan bergambar di dalam Jentera tersebut. Disertakan pendaftaran keahlian pada hari tersebut adalah percuma dan terhad kepada 50 pengunjung terawal sahaja.

Para pengunjung bertandang daripada pelbagai lapisan masyarakat. Mereka sangat gembira menyertai banyak pertandingan yang pastinya membawa ganjaran yang lumayan untuk para pengunjung. Majlis bermula pada pukul 7.00 pagi hingga 1.00 petang. Para pengunjung mengenakan pakaian yang sangat cantik semasa majlis tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali