Private Class (Entrepreneur)

19 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Usahawan Natasha binti Mohamad telah menjalani ‘private class’ bersama Pusat Internet Kpg. Pandan bertarikh 18 Januari 2019 (9 pagi hingga 12 tengah hari). Kelas dimulakan dengan pengenalan tentang fungsi Pusat Internet Kg. Pandan dalam membangunkan komuniti setempat terutamanya yang menjalankan perniagaan sebagai punca pendapatan sampingan atau tetap. Sesi membuat logo perniagaan kosmetik beliau menjadi titik tolak untuk mengembangkan perniagaannya supaya dikenali oleh penduduk setempat serta kawasan-kawasan sekitar.

Selain itu, suatu ‘page’ di web rangkaian sosial Facebook dibuka untuk beliau fokus mempromosi perusahaan sacara atas talian. Khidmat ‘charge of delivery’ (COD) juga merupakan servis ditawarkan oleh usahawan Natasha binti Mohamad. Kad perniagaan khas untuk butiran perniagaan beliau dihasilkan secara ringkas dan menarik supaya pengenalan kepada perniagaannya berjaya diperkenalkan kepada masyarakat Lundu serta kawasan luar Lundu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali