Kelas E-Learning – Aktiviti Menaip

4 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 3 November 2019, Pusat Internet Kg Pandan telah mengadakan Kelas E-Learning – Aktiviti Menaip. Kelas ini dihadiri oleh 4 orang pelajar dari sekitar Kampung Pandan. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan para pelajar dengan pembelajaran menerusi Internet atau E-Learning.

Untuk kelas kali ini, pelajar berlatih menaip menerusi laman web E-Learning yang terdapat di Internet. Laman web yang telah dipilih ini mempunyai pelbagai aktiviti menaip yang menarik bagi meningkatkan kemahiran menaip dan penggunaan papan kekunci para pelajar. Aktiviti ini berlangsung selama 1 jam, bermula pukul 2.30 petang hingga 3.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali