Kelas E-Learning – Tutorial YouTube
5 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 4 Januari 2020, Pusat Internet Kg Pandan telah mengadakan Kelas E-Learning – Tutorial YouTube. Kelas ini disertai oleh 6 orang pelajar sekolah. Kelas ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan para pelajar dengan penggunaan E-Learning menerusi tutorial YouTube. Dalam kelas ini, pelajar tersebut membuat kotak pensel dan penanda buku menggunakan kertas warna, dengan berpandukan video tutorial daripada YouTube. Kelas ini berlangsung selama 3 jam dari jam 2.30 petang hingga 5.30 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: