Kelas E-Learning Bahasa Inggeris

28 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Oktober 2019, Pusat Internet Kg Pandan telah mengadakan Kelas E-Learning Bahasa Inggeris. Kelas ini dihadiri oleh 8 orang pelajar dari sekitar Kampung Pandan. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan para pelajar dengan pembelajaran menerusi Internet atau E-Learning. Untuk kelas ini, pelajar mempelajari Bahasa Inggeris menerusi laman web E-Learning yang terdapat di dalam Internet. Mereka belajar Bahasa Inggeris menerusi kuiz dan permainan dalam talian seperti memori, ejaan perkataan, teka perkataan dan ayat, serta pemahaman ayat dalam Bahasa Inggeris. Aktiviti ini berlangsung selama 2 jam, bermula pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali