E-Kelas

5 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

E-Kelas 4 Mei 2019 ekelas Matematik & Sains (Minggu ulangkaji) Adik-adik mengulangkaji Bab : Ruang. Mereka belajar utk mengenalpasti sudut dan namakan sudut yang ditunjukkan dr Slide oleh eCikgu. Mereka juga membuat latihan melukis pelan sebuah rumah idaman mengikut kreativiti masing masing serta menyatakan perimeter dan luas rumah tersebut.

Utk Sains pula mereka mengulangkaji Bab : Sifat bahan. Mereka belajar sifat sifat bahan seperti keupayaan utk menyerap air,kebolehan terapung dipermukaan air, kekenyalan bahan kondukter dan penebat elektrik, kebolehan penembusan cahaya dan kondukter dan penebat haba. Adik adik tingkatan 2 pula mengulangkaji bab Nutrisi dan Bulatan. mereka membuat latihan menentukan lilitan, panjang lengkok dan luas sesuatu bulatan. Mereka juga mengenal pasti sumber dan kepentingan kelas makanan.

Dengan ini, berakhirlah minggu ulangkaji ekelas sebelum Bulan Ramadhan :) selamat Berpuasa adik adik ! Kelas dihadiri oleh 6 orang pelajar, iaitu 2 pelajar perempuan dan 4 orang pelajar lelaki yang merangkumi pelajar Tahun 6 dan Tingkatan 2. Bermula pada jam, 10 pg hingga jam 6 ptg.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali