E-Kelas Matematik & Sains

16 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

E-Kelas Matematik dan Sains diteruskan untuk minggu ini. Melibatkan pelajar Tahun 6, Tingkatan 1, 2, 3,4 dan 5. Mereka didedahkan dengan subjek matematik melibatkan penukaran unit jisim dan isipadu. Untuk subjek Sains, kedudukan fulkrum, beban dan daya dipelajari secara santai dan menyeronokkan dengan menggunakan plastisin dan batang ais-krim.

Mereka menyumbang pelbagai idea antara satu sama lain dengan mencadangkan buah fikiran yang bernas terutama melibatkan cabaran e-kelas 2019. Kelas bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 6 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali