Sesi E-Kelas

19 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Sesi E-kelas yang dilancarkan berlandaskan tutorial secara langsung diadakan pada 18 Januari 2019 (Jumaat). Kelas tersebut diadakan di dalam bilik latihan Pusat Internet Kg. Pandan. Sesi tersebut dikenali sebagai kelas minggu orientasi yang merupakan minggu pengenalan kepada e-kelas. Tutorial secara langsung merangkumi pelajar-pelajar Tahun 6 (3 petang-4 petang), Tingkatan 3 (4 petang-5 petang) dan Tingkatan 5 (5petang-6 petang). Kesemua pelajar mempelajari subjek Bahasa Inggeris.

Untuk sesi eCikgu secara webinar dikhaskan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 4. E-kelas tersebut memberi banyak faedah kepada para pelajar antaranya menawarkan tuisyen percuma, mempelajari subjek-subjek kritikal iaitu Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik, sesi pengajaran dan pembelajaran secara interaktif dan menyeronokkan serta meningkatkan keputusan subjek-subjek yang dipelajari. E-kelas tersebut dijalankan selama 3 jam, bermula pukul 3 petang hingga 6 petang yang dihadiri oleh 12 orang peserta (7 lelaki dan 5 perempuan).

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali