E-Kelas Minggu 3 16 Feb 2019

17 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

E-Kelas Minggu 3 diteruskan pada 16 Feb 2019. Dalam minggu ini mereka diberi tugasan berkumpulan. Untuk Tahun 6, mereka dikehendaki merekacipta pelan bilik Sains idaman. Untuk Tingkatan 2, mereka diarah untuk menyenaraikan serta melukis kepelbagaian biodiversity yang terdapat di sekitar Pusat Internet Kg Pandan.

Pelajar-pelajar Tingkatan 3 dikehendaki melukis struktur jantung manusia serta peredaran darah. Tiada penyertaan untuk pelajar - pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Para pelajar sangat teruja serta bersemangat menyelesaikan tugasan masing-masing. Kelas dihadiri oleh 15 orang pelajar. Mereka memberi kerjasama yang padu semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali