E-Kelas Bahasa Inggeris 28 Jun 2019
29 Jun 2019 | Aktiviti TerkiniE-Kelas Bahasa Inggeris diteruskan untuk minggu ini dan diadakan pada 28 Jun 2019. Pelajar Tahun 6 mempelajari elemen penting dalam membina suatu karangan Bahasa Inggeris iaitu pengenalan, isi dan penutup. Antara aspek ditekankan adalah penggunaan adjektif, membina ayat ringkas, serta latihan S (subject), V (verb), O (object), P (place) dan T (time). Kaedah mengarang menggunakan ‘WH Questions’ juga dipraktikkan serta menyenaraikan perkataan berkaitan dengan suatu karangan yang dibina. Penjelasan tentang format PT3 Bahasa Inggeris juga dijelaskan kepada para pelajar. Kelas bermula pada pukul 3.00 petang hingga 6.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: