E-Kelas Bahasa Inggeris

15 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

E-Kelas 14 Jun 2019 diteruskan selepas lama bercuti untuk perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Gawai. Mereka didedahkan dengan format Bahasa Inggeris terkini yang perlu dingat dan diaplikasi dalam peperiksaan yang akan datang. Format karangan Bahasa Inggeris penting untuk memudahkan para pelajar menyusun plot cerita dengan menarik.

Kefahaman tentang format tersebut di ajar oleh guru yang berpengalaman dalam subjek tersebut sekaligus memberi tips untuk para pelajar mendapat A dalam matapelajaran berkenaan. Kelas dijalankan bermula pukul 3.00 petang sehingga 6.00 petang. Mereka sangat seronok dalam menjadikan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa harian mereka secara perlahan-perlahan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali