E-Kelas Bahasa Matematik dan Sains 27 April 2019
28 April 2019 | Aktiviti TerkiniE-Kelas Bahasa Matematik dan Sains diteruskan pada 27 April 2019. Dalam minggu ini mereka diberi tugasan untuk membuat latihan berkenaan dengan subjek Matematik dan Sains. Untuk subjek pelajaran Matematik pelajar Tingkatan 1,2 dan 3, mereka mengulangkaji tajuk ‘Penfaktoran dan pecahan Algebra’. Mereka juga diberi beberapa latihan semasa kelas tersebut berlangsung.
Untuk subjek pelajaran Sains, mereka mengulangkaji tajuk ‘Organisma’. Mereka diberi beberapa latihan dalam kumpulan membuat peta minda hubungan antara organisma. Pelajar sangat teruja menyiapkan latihan yang di sediakan oleh eCikgu. Pelajar dihadiri 3 orang pelajar lelaki dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: