Kelas E-Learning – Pembuatan Layang-layang DIY

2 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Disember 2019, Pusat Internet Kg Pandan telah mengadakan Kelas E-Learning – Pembuatan Layang-layang DIY. Peserta yang terlibat adalah seramai 11 orang daripada pelajar sekolah dari sekitar kawasan Kg Pandan. Kelas ini dijalankan bagi mengisi cuti sekolah para pelajar dan bagi meningkatkan kreativiti dan daya cipta para pelajar. Pelajar juga didedahkan dengan pembelajaran dan tunjuk ajar menerusi internet bagi tujuan pembuatan produk tersebut. Kelas ini berlangsung selama 2 jam dari jam 2.00 petang hingga 4.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali