Kelas Perniagaan

25 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 24 November 2019, Pusat Internet Kg Pandan telah mengadakan Kelas Perniagaan. Kelas ini diadakan untuk membantu meningkatkan pengetahuan komuniti tentang perkara-perkara penting dalam perniagaan dan mendedahkan komuniti dengan perniagaan menggunakan “Food Truck”. Untuk kelas tersebut, pihak Pusat Internet Kg Pandan telah menjemput Encik Dzulkarnain iaitu seorang usahawan untuk berkongsi pengalaman dan ilmu beliau tentang cara permohonan lesen perniagaan, permohonan pinjaman untuk perniagaan, dan perniagaan menggunakan “Food Truck”. Kelas tersebut disertai oleh 5 orang peserta. Kelas ini berlangsung selama 3 jam, bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali